Wednesday, December 29, 2010

PERJALANAN KEHIDUPAN

Kehidupan adalah satu maksud yang amat unik dalam mencari erti sebuah kehidupan yang sempurna sebagai seorang manusia..Kekadang perjalanan hidup seseorang manusia berjalan dengan lancar sekali tapi ada juga segelintir manusia yang melalui perjalanan hidup yang sangat payah..Tapi aku bersyukur, aku adalah sebahagian dari mereka yang bertuah..Aku masih ingat kata mama, adanya kita susah kala ini, kita harus ingat & sentiasa bersyukur bahawa ada insan yang lebih susah, yang dahsyat dugaannya..Aku juga bersyukur aku dikurniakan mama & ayah yang sungguh memahami..meskipun aku hanya mendapat kasih sayang ayah hanya sementara..Ayah menyahut seruan ilahi pada umurku yang sangat kecil yang xmengerti apa-apa pada ketika itu iaitu pada umurku 6 tahun..Tapi aku masih bertuah dikurniakan mama, abang-abang & kakak-kakak yang sungguh memahami..Kasih sayang mereka tidak pernah lekang, tidak pernah kurang walau sekecil zarah pun..Aku diberi kasih sayang yang secukupnya oleh keluargaku walaupun tanpa ayah..Abanglah tempat pengganti ayah yang xpernah jemu melayan karenah aku seorang adik yang aku sendiri mengaku yang aku keras kepala..Aku juga diberi pelajaran yang cukup..Diberi kehidupan, makan, pakai dan segalanya dengan cukup dan sempurna..
Sehingga kini aku telah berusia akhir 20an..Aku telah mendirikan rumah tangga dengan seorang insan pilihan aku sendiri..Seseorang yang berasal dr selatan tanahair iaitu di JOHOR BAHRU..Di sini juga aku ingin menyatakan sejuta kesyukuran atas pemberian mu YA ALLAH..Kamu memberiku seorang suami yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang ketua keluarga..Secara jujurnya aku adalah seorang insan yang paling bertuah..Aku juga diberikan mentua yang cukup baik, ipar duai yang sangat sporting..Ibarat kata orang " Satu Kepala ".Terima kasih, terima kasih yang xterhingga pada mama, abang, kakak, suamiku, mentua & ipar duai ku yang sentiasa menyayangiku dan sentiasa memberiku semangat dalam meniti hari-hari sebuah kehidupan